Thursday, December 5, 2013

20 ADAB MAKAN NABI MUHAMMAD




20 Adab Makan & Minum ikut Sunnah Rasulullulah





1. MEMBASUH TANGAN

2. MEMBACA BISMILLAH

3. BERKUMPUL SEWAKTU MAKAN

4. MAKAN DAN MINUM DENGAN TANGAN KANAN

5. MULA MAKAN DI TEPIAN, TIDAK DI TENGAH
             
6. TIDAK TONGKAT TANGAN

7. TIDAK MENCELA MAKANAN

8. BERCAKAP MENGENAI KEBAIKAN MAKANAN

9. MAKAN SUAPAN YANG TERJATUH

10. TIDAK BERNAFAS DALAM BEKAS MINUMAN
                                 
11. TIDAK MAKAN BANYAK

12. LARANGAN MAKAN SAMBIL MENIARAP

13. UCAPAN PENJAMU: “MAKANLAH!”

14. MENJILAT PINGGAN DAN JARI

15. LARANGAN BANGUN SEHINGGA HIDANGAN DIANGKAT

16. MEMUJI ALLAH SWT DAN MENGUCAPKAN ALHAMDULILLAH SELEPAS MAKAN

17. MEMBASUH TANGAN SESUDAH MAKAN

18. MENDAHULUKAN ORANG SEBELAH KANAN

19. PEMBERI MINUM, MINUM YANG TERAKHIR

20. LARANGAN MAKAN DAN MINUM DALAM BEKAS EMAS DAN PERAK


Wallahu a’lam


credit/sumber : SUFRI

SUNNAH MAKAN DAN MINUM




PERUT MANUSIA ITU ADE 3 BAHAGIAN, MAKA ISILAH IANYA DENGN 1/3 MAKANAN,1/3 MINUMAN DAN 1/3 UDARA UNTUK BERNAFAS.



SUNNAH KETIKA MINUM



 SUNNAH KETIKA MAKAN

























 DAN LAST SEKALI.....

-------------------------------------SEMOGA BERMANFAAT-----------------------------------------

Tuesday, December 3, 2013

SAHABAT Part. 3


PETUA MEMAAFKAN SAHABAT 




Credit: GOOGLE IMAGES
**SEMOGA BERMANFAAT**



SAHABAT Prt. 2

PETUA MENCARI SAHABAT@ PETUA SAHABAT YG BAIK












Credit: GOOGLE IMAGES
**SEMOGA BERMANFAAT**

SAHABAT Prt.1



Mencari seorang sahabat/rakan/kawan yang BAIK memang susah...kadang2 kita mengharap panas sampai ke petang tapi hujan ditengahari. Kadang2 kite rase macam dipergunakan oleh kawan2 kita...mentang2lah kite nih ala2 low profile, ala2 anak cik bedah hujung kampung, ala2 gadis melayu terakhir, ala2 awek control mcho depan pakwe (padahal tak).... dan macm2 lagila still kite rase mcm tak dihargai oleh kawan kite.


TAPI kadang2 salah kite jugak, kita ni dah jumpe kawan yang baru kite lupakan yang lame...padahal kawan yang lame tulah paling banyak tahu susah senang kita, kadang2 kite terlupe terus, kadang2 kite bz, sebab kejar target, study, event kat skolah/kolej/U dan laen2. Kadang2 kite tak sedar kawan kite pun makan hati ngan kite. pastu bile jumpe kawan baru, diorg wat mnde yg same kat kite mula la nak ngadu kat kawan lame padahal tu balasan tuh sebab wat mmber camtu.


Kata dulu2 kau kawan aku dunia and akhirat, kau kawanku aku yg paling besh/sejati dan laen2 tapi mcmane layanan kite dengn kawan kite yng lame tuu skrg....ada penah terfikir sehat ke dier hari ni? makan ke hari ni? ader masalah ke? dan sebagainya....bila berlaku konflik tentu2 kita tak salahkan diri sendiri bnyklah menunding ke arah sebelah pihak..



Oleh itu kawan2 sekalian marile kite luangkan saki baki kredit ke, 50 sen ke singgit telefon balek kawan lame kite, kawan baru kite, sedare mare kite yang dok jauh2 tuu...tnye kabar, tnye keluarge, tnye study tnyelah pe2 yang patut sebab manusia nih suke dihargai dan diingati...;]..tnye kabo kat fb,tweeter tak sebest becakap dengan mmber kite tuu....percayelah cakap den...hehehe.

Namun, jika suatu hari kita bergaduh dengan rakan kite tuu, kite akui kesahan kite, kite mintak maaf dgn dia, kite cube merapatkan jurang antara kite dan dia jika dia enggan juga terima kite, waktu itu lepaskanlah dia pergi, sesungguhnya ada yng lagi baik untuk kite yg  Allah dah rancangkan. Percayalah seorg yng pergi akan diganti dengan kehadiran yang lebih baik untuk diri kite. Dalam persahabatan jgnlah meletakkan ego yang terlalu tggi kelak akan memakan diri dan mnyusahkan diri. Bersederhana dan berbuat baiklah sesama kite supaya kite selalu diingati. Insya-Allah.












SAJA NAK BERINGAT

~ASSALAMMUALAIKUM~


Blog post hari ni simple and catchy gituuu....lets break for a while and remember back..OK?? Yelah kekadang kite ingat lagu,ingat artis, tapi malulah tak ingat bende2 simple mcm ni kan...so ape kate dalm 2-3 minit kite bace balek ape rukun iman and islam....ce tnye kabo sket kat diri sendiri..mcm ni:

 "Assalammualaikum diri sendiri...hari ni, Iman kite sihat ke? Macam ne lak ngan si Islam, 
  masih adake dier?"



"Aku sangat takut bile ALLAH yg lupakan Aku, dari KAWAN2 yang lupakan aku"-Somebody


Monday, December 2, 2013

KHASIAT GARAM DLM ISLAM

Dok online FB suddenly terbace artikel ni.....so aku ase better disharekan utk pengetahuan umum dan semoga bermanfaat  :D


KHASIAT GARAM



SANTAU dapat di halang dengan MENGAMALKAN GARAM mengikut cara NABI S.A.W.

Kita Disogok dengan fakta palsu. Kononnya ambik garam lebih kena darah tinggi 
(Ini protokol yahudi) Back to cara hidup Nabi ye. 

  • Sebelum makan Nabi letak secubit garam di lidah untuk elak santau dan tapis makanan yang akan di makan.
  • Sampai di tempat baru, Nabi ambil garam dulu untuk sesuaikan hormon terlebih di tempat baru.
  • Untuk ubat penyakit rohani, air perlu di campur garam terutama sihir dan santau. 


KENAPA YE??

Allah dah cipta garam untuk penarik toksid/asid/racun dalam darah atau tubuh dan juga penarik unsur2 negatif.
~ Pengamalan Pengamal Perubatan Islam untuk bersih rumah atau pagar rumah perlu tabur garam di sekeliling rumah.
~ Garam juga unsur yang boleh 'balance' balik sistem tubuh kita.
~ Garam boleh jadi rosak apabila dimasak atau bertindakbalas dengan suhu yang tinggi/panas, maksudnya kalau nak masak. Guna garam bukit dan jangan bubuh garam masa makanan menggelegak atas dapur. Tutup api dan biar suhu turun dulu, baru letak garam.
~ Kita panggil bubuh garam atas darat macam org arab buat. Bubuh garam masa nak makan. Sebab? Garam ada sodium dan potassium... Tubuh perlu potassium lebih. Kalau panas garam hanya tinggal sodium, potassium rosak dalam suhu panas. Sebab tu kena darah tinggi.
~ Selok-eloknya di tempat makan sentiasa ada mangkuk kecil garam dan sunnah Rasulullah SAW mencalit secubit garam menggunakan jari kelingking kanan dan dletakkan ke lidah bahagian depan. Ianya akan mngaktifkan kelenjar enzim penghadaman.


KHASIAT GARAM DAN PETUA PENGGUNAANYA



1. Merendam kerang supaya hilang tahinya. 

Dalam kaedah perubatan Islam, sesuatu perkara yang buruk diubat dengan asalnya. Kerang berasal dari laut dan garam digunakan untuk meneutralkan keburukannya (tahi).

2. Mengurang tahap kemasinan ikan masin. 

Ikan kering yang terlalu masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya dengan merendam dalam air garam juga.

3. Mengubat gout.

 Gout disebabkan pemakanan makanan laut yang berlebihan. Orang yang tinggal berhampiran pantai boleh menanam badan dalam pasir laut. Bagi mereka yang tinggal di bandar, garam kasar digoreng dan didemahkan di tempat sakit ketika garam masih panas.

4. Merawat cirit-birit.

 Minum air yang dicampur sedikit garam.

5. Merawat mabuk perjalanan. 

Untuk merawat mabuk perjalanan, garam dicampur madu dan air kemudian di minum sebelum memulakan perjalanan.

6. Garam diguna untuk merawat kegatalan. 

Air yang dicampur garam disapukan pada kulit yang gatal.

7. Menambah imuniti badan akibat perubahan hawa/angin. 

Hal ini berlaku di sesetengah tempat di negeri Arab. Misalnya pelajar Malaysia yang berkunjung ke Arab akan mengalami alahan terhadap hawa/angin tempat baharu. Air garam diminum sebagai ubatnya.

8. Menghilangkan penat kerana kerja berat.

 Amalan orang-orang Melayu tradisional yang bertani, bersawah atau bertukang ialah meminum air sejuk yang dicampur garam.

9. Mengelak sihir/gangguan jin bagi mereka yang bermalam di hutan. 

Garam adalah sumpahan jin. Garam yang dibaca padanya dengan Al-Fatihah (sekali) dan ayat al-Kursi (ayat 255 surah al-Baqarah – 7 kali) ditabur di sekeliling khemah. 

10. Mengelak gangguan syaitan/jin kepada bayi. 

Ada ketikanya bayi menangis waktu malam disebabkan dia nampak syaitan, bukan kerana lapar. Untuk mengatasi masalah ini, garam dicampur dengan bawang merah, bawang putih dan lada hitam. Campuran itu diletak dalam gelas/cawan/bekas yang terbuka. Bekas itu diletakkan di bahagian kepala bayi. 
11. Mengubat orang yang diganggu jin. 

Bagi orang dewasa yang dikhianati (disihir), cara mengubatnya ialah dengan meletakkan garam yang dibaca al-Fatihah di perdu lidah. Perdu lidah ialah bahagian bawah lidah yang apabila diangkat akan nampak urat hijau lidah. 

Beza Garam Putih, Garam Bukit & Garam Semulajadi.


 Garam putih berasal dari lautan atau batu dari gunung. Ia sebenarnya sudah diproses dan 'dibersihkan' agak keterlaluan. Sama seperti memproses gula tebu untuk dijadikan gula putih. Garam putih boleh didapati di kedai-kedai runcit biasa. Walaupun ia berasal dari alam semulajadi, ia sudahpun melalui proses kimia dan menjadikan ia tidak sesuai untuk tubuh manusia. Tetapi 99% pengguna di negara ini masih menggunakan garam jenis ini untuk masakan.

 Garam laut pula berasal dari lautan. Warnanya agak kelabu tidak seperti garam putih yang berwarna putih 'bersih'. Garam laut didapati dari lautan dan dikeringkan melalui proses evaporasi cahaya matahari untuk mendapatkan kristal. Ia hampir 100% asli dan lebih baik dari garam putih.

 Garam bukit (seperti gambar) pula berasal dari gunung-ganang. Warnanya ialah kemerahan atau pink. Yang terbanyak di pasaran ialah garam Himalaya - iaitu digali dari batu mineral di pergunungan Himalaya. Garam ini adalah adalah seratus-peratus asli dan hampir tidak diproses. Ini adalah jenis garam yang terbaik untuk manusia. Ia mengandungi mineral-mineral yang diperlukan oleh tubuh manusia seperti potasium, kalsium, magnesium, zink dan berpuluh-puluh jenis mineral lain. Pergunungan Himalaya boleh dikatakan masih bebas dari pencemaran alam dan garam di sini adalah jenis yang terbaik. 

Garam bukit asli ini juga boleh diperolehi di kawasan pergunungan negara-negara Eropah tetapi di sini terdapat banyak pencemaran. Terdapat satu senario jenis garam yang terdapat di pasaran yang didakwa 'garam asli' atau 'garam bukit' tetapi yang peliknya ia berwarna putih bersih hampir tiada beza dengan garam putih biasa. Agak melucukan ia dikatakan adalah garam asli. Sebenarnya ia bukan jenis yang berbeza tetapi sama dengan garam putih. Dakwaan sebegini adalah salah satu strategi pemasaran (penipuan produk) kerana semua garam putih berasal sama ada dari lautan atau gunung. Disebabkan ia diperolehi dari gunung, maka dengan mudahnya pengeluar meletakkan label sebagai 'garam bukit' dan 'garam asli'. Jika ia benar-benar garam asli yang diambil dari kawasan pergunungan, warnanya tidak seputih sedemikian rupa. Jadi, ia sudah pasti diproses secara keterlaluan. Hari ini, berbagai helah telah digunakan oleh pengeluar untuk menarik perhatian pelanggan dan sebagai pengguna, kita perlu bijak mendapatkan informasi terkini dan menyelidik apa agenda di sebalik semua dakwaan itu.
~Wallahua'lam.



SUMBER: FB

Sunday, December 1, 2013

NAUZUBILLAH-HU-MINZALIK


Sampai Hati Mereka

Hari ini aku mendapt berita di FB, ANgola telah mengharamkan sinar islam disana....YA ALLAH...sampai hati mereka menyekat agama-Mu yang benar...semua rumah-Mu dirobohkan tanpa belas kasihan....
hanya KAU maha mengetahui ya Allah, lindungi lah penganut agama-Mu disana...semoga hati mereka utuh kepada-MU...semoga Agama Islam dilindungi dan tiada lagi kejadian seperti ini berlaku...Aaminn....



#IslamisTrue

PESANAN PARA IMAM












p/s: semoga bermanfaat dan menjadi panduan kehidupa yang lebih sejahtera hendaknya. Aamin. :D

p/s: CREDIT to google image